Tuesday, August 6, 2019

Tempat Hipster Area Cheras -Tapak Urban Street Dining

Assalammualaikum dan Hi.Ikutkan nak update blog hari hari,tapi masa pulak tak menginzinkan.Insyallah lepas ni kena rajinkan diri update at least satu hari satu post.hihi

Ini cerita Sabtu lepas,sebenarnya dah lewat petang husband ajak pergi Taman Tasik Permaisuri ni.Husband cakap kat sini banyak food truck so dengar macam best nya terus angkat tangan setuju.Dari rumah ke sini dalam 15 minit ke 20 minit je,mula mula ingat nak pergi Taman dulu kat sini tapi disebabkan parking bersebelahan dengan Food truck ni so jejak sini dulu la.

Tempat ni dipanggil "Tapak Urban Street Dining".Memang banyak Food Truck dekat sini.Ada yang jual Western,Air Hipster (hihi), makanan Thai , Ayam Penyet dan banyak lagi.Tapi nak dijadikan cerita sebelah Tapak ni ada permainan yang macam kereta permainan (guna control) tu yea dah tak keruan si kecik tu hahaha

Ini la Tapak Urban Street Dining

Ini bahagian depan nya

Memang banyak Food Truck kat sini,pilih je nak makan apa tapi jangan lupa bayar sendiri hihi
Sebelah food truck,ada kereta , motor & basikal macam macam la yang boleh disewa kat sini
Ni jadikan cerita kitaorang tak sempat nak makan pun terus pergi kat sebelah ni kat budak budak main kereta sewa ni.Mula mula husband main yang basikal yang boleh naik 2 orang tu kiranya husband dengan Amani la.Last last bila dia bosan dia nak main yang kereta control tu,mungkin dia tengok ramai budak main yang tu ,itu yang excited nak main yang lain.

Mula mula main ni.Rm15 untuk 15 minit.



 Sebelum dapat naik yang kereta atas ni,menangis yea nak main ni.Sebab yang basikal tu tak sampai 5 minit dah tak nak naik.hahaha.Last last kakak yang kedai sama sewa basikal tu dia cakap tak apa boleh tukar tapi ikut time basikal.hahaha





Ni semua muka happy dapat naik.Lepas je habis time tu menangis balik nak naik benda lain.Start mak kau hijau dah Amani.Terus ajak husband gerak dari sini punah harapan mama nak makan sini.Cakap kat husband kita singgah la makan kat mana mana nanti.Ni pun dalam kereta tak habis menagis lagi sedih benar tu.

Janji Amani happy yea.Happy Amani Happy Mama 💕




Friday, August 2, 2019

Basic Essential By Alhumaira

Petang ni kita cerita sedikit tentang favorite shawls all the times by customer Alhumaira.Basic Essential ini memang popular dan diminati ramai since kita jadi agent Alhumaira dari 2016. Kalau dulu beli stock 2 - 3 set confirm habis.Sebab customer akan beli 2 -3 helai sekali. Selalunya kalau customer beli for the first time dorang akan repeat balik order after that.

Salah satu sebab kenapa Basic Essential ni menjadi kegemaran customer adalah kerana fabriknya. Basic Essential ni menggunakan 'High Quality Pearl Chiffon' yang semestinya diimport khas dari Korea fabriknya yang selesa,sejuk,lembut dan flowy.Selain itu jahitan yang kemas dan teliti dari team Alhumaira pasti menarik minat customer untuk repeat order jugak.

Size yang panjang dan lebar jugak merupakan salah satu tarikan dari peminat BE ini (68cm x 180cm). Harga yang berpatutan jugak yea Rm43 sehelai,dulu Rm39 sahaja disebabkan kos pengeluaran dan penghasilan di bahagian produksi telah dinaikkan pihak Alhumaira terpaksa menaikkan harga menjadi RM43.00 sehelai.Tapi kita yakin siapa yang biasa dan tahu kualiti fabrik dia macam mana dan sedap mana pakainya akan terus support dan beli Basic Essential ni kan?

Disebabkan dah lama Alhumaira tak buat comeback untuk Basic Essential ni,kali ini dan minggu ini
adalah penantian yang dinantikan untuk semua peminat BE.Terdapat 32 pilihan colour untuk dipilih.But mostly baru je check tadi kebanyakkan colour dah sold out dekat website.See?
cepatkan? ini bermakna ramai yang ternanti nantikan BE ni.Yang terlepas nak beli tu boleh whatsapp kita 017-3050190 untuk order atau follow instagram business kita di : @mushirahim.co









kalau berminat boleh whatsapp yea :)

Thursday, August 1, 2019

Viral Burger Ayam Goreng Crispy

 Assalamualaikum.Burger ni pernah viral dulu dekat facebook Burger ayam goreng crispy,Teratai Burger nama kedainya.Ini pun dekat bawah rumah je, baru beberapa kali je beli itupun dah lama viral baru tahu kewujudan kedai ni.hahahaa.Ala burger ni macam ala ala Mcd kann.Serius sedap harga pun berpatutan.Untuk burger chicken crispy tu harga dia dalam RM5.90 sahaja.Kalau yang tak suka burger ayam crispy ni dia pun still ada jual burger biasa.Memang sedap sangat ayam dia lembut je sos pun banyak.Makan pun kongsi dengan hush sebab baru je makan nasi.hihi




Pergi mana je semua nak ikut Amani ni haha padahal mata dah ngantuk tu.



Ni harga sebagai Reference yea.

Actually ada je yang beli sampai 7 ketul burger ni,memang laku je burger ni.Kalau korang nak try boleh je memang puas hati.Burger biasa dia pun sedappp.Services sini pun laju je.Yang penting kedai ni bersih cara budak budak ni buat kerja pun nampak kemas.Benda sedap kita patut sebarkann kannn hihi.





Aktiviti Petang

Assalamualaikum. Aktiviti petang kitaorang adalah bawa Amani ke Taman Permainan.Lepas balik kerja 5.30 tu terus amik Amani dengan rumah pengasuh lepastu terus ke sana.Selalu nya kitaorang pergi 2 taman ni je,satu taman dekat Pudu Ulu (dekat ofis je) satu lagi dekat area rumah. Harini kitaorang decide pergi taman bawah umah je, dekat Taman Tasik  Tambahan. Lagipun sini dekat dengan rumah kalau pergi Pudu Ulu tu confirm2 Amani nak pergi mandi kolam kat sana.

Petang petang kat sini memang ramai orang, start pukul 6 petang macam tu dah ramai. Kat sini ramai bebudak dengan parents. Tak besar mana pun padang ni, okay okay je.



Ini la padangnya
sedappp

Belum masuk taman lagi dah membeli.hihi.Husb beli sate ikan,satu cucuk tu rm0.25 sen murah kan tapi dulu lagi murah satu cucuk tu 0.10.


Amani pun pandai menyopping jugak yea. Favourite belon ni.Untuk yang bekas kecik tu RM3 satu , yang besar bekas empat segi tu RM5.Amani selalu amik yang kecik je sebab susah nak habis kitaorang yang tolong habiskan selalunya.

Amani dan papa.
dah pandai main yea. selalu nya tak lepas kuar belon tu. 


see. pandai kann main. 

Dah leka main belon tu Amani main gelongsor pulak. Tiba tiba husb beli ice cream, melonjak kegembiraan la kawan tu. terus stop main yea hahaha

Amani dan ice cream berpisah tiada.



Lepas makan ice cream,sambung main kejap lepastu kitaorang gerak balik dah sebab nak maghrib.Aktiviti ni memang kitaorang selalu buat sebab nak bagi Amani main puas puas kat luar lagipun dia dah satu hari terperuk dalam rumah kan.Seronok sikit dia tengok dunia luar.



Monday, July 29, 2019

Breakfasts di Kampung Jawa, Klang


Breakfasts kami pagi ni jauh sikit husb bawa, sampai ke Kampung Jawa. husb bawa jalan jalan katanya. Sebenarnya mencari jugak kedai nak makan tapi dah terlajak sampai sini hihi.Nama kedai tak perasan pulak bila tanya husb dia pun tak tahu.

Dulu husb kata dia pernah makan kat sini, katanya sedap. Memang ramai jugak yang singgah makan sini, meja penuh sahaja nasib baik time sampai tu macam tak berapa ramai. Kedai dia kecik je tepi jalan, kedai ala ala mamak tapi yang tak modern. Macma kedai kedai kat kampung,style kampung. 

Macam biasa order nescafe suam dengan nasi lemak bungkus. Nasi lemak tu memang dah siap2 bungkus boleh amik je.
husb cakap roti canai kat sini pun sedap terus order roti canai jugak (tamak).



Ni la kedainya tepi jalan je


favourite Amani telur 3 suku 
Mama punya. Nasi lemak dia sedap. Roti canai dia keras sejuk tak kena dengan tekak

Lepas makan terus balik. Esok kerja! 

Saturday, July 27, 2019

Kemensah, Warisan Hati Rimba

Assalam. Pagi pagi lagi dah ajak husband pergi mandi air sungai/air bukit dekat Kemensah, Ulu Klang Selangor. sebenarnya husb ajak pergi dengan mak abah semua tapi dorang cancel so kitaorang pergi bertiga je. Yelah kalau pergi ramai ramai kan seronok lagipun nanti amani ada geng mandi sama. hihi Tapi okay je rasanya pergi bertiga senang nak bergerak. Dalam pukul 8 lebih kitaorang gerak dari umah lepastu breakfast dekat area Melawati.

Dah breakfast baru gerak ke Kemensah, dari Melawati tu ke Sini dalam 11 minit je. Dari Zoo negara tu ikut laluan belakang dia lepastu kitorang Waze je hihi,sebab ni kira first time pergi Kemensah ni husb pun sama. Ikut waze senang je, sepanjang perjalanan tu memang korang akan nampak air sungai jee.

Kat sini memang banyak chalet yea, korang boleh tinggal dekat sini. kitaorang pun first time tahu, if korang just nak mandi pun boleh tapi kena bayar la. 1 kepala rm5 untuk dewasa, Amani tak payah bayar and satu lagi parking kat sini semua rm5. Total kitaorang bayar semua dalam Rm15 sahaja. tapi tu lah ingat kat sini masuk free je tak yah bayar hahaha. Pergi sini tak pernah survey tu yang jadi bengap tak tahu hihi

Sampai la kiraorang dekat Chalet Warisan Hati Rimba, ni pun sebab cari parking so terlajak kat sini. Kat sini special sikit sebab ada kolam mandi. ada 4 kolam just 1 kolam tak boleh mandi sebab ada ikan ternakan. Kitaorang pilih yang atas sekali sebab kat situ ada kolam untuk budak budak, memang sesuai la untuk Amani. Mula mula test bagi dia mandi dekat sungai, memang dia tak nak, takut katanya hahahaa. memang spesis orang bandar sangat ni.



Pemandangan kat sini. ada beberapa keluarga yang berkelah kat sini. Nasib baik ada pekerja kat sini bagi tikar kalau tak bersila je la atas simen tu. 

kolam kanak kanak, tak ramai orang kat sini


Happy face 

dah naik.tak nak mandi dah

Contact number owner warisan hati Rimba 

Gerak je balik Amani dah selamat tido. So far okay la kalau nak bawa anak beriadah hari minggu dengan harga budget macam ni.Budak budak pun suka main air. Happy kid happy mummy ❤️

Monday, July 15, 2019

Square Scarf

Hello.Siapa kat sini suka pakai square scarf atau dalam bahasa melayu nya tudung bawal? kalau nak cakap suka tu i memang tak berapa reti nak pakai tudung bawal hahaha maybe susah nak bentuk kot.Tapi i tahu ramai je lagi yang masih atau minat pakai bawal kan.Kawan i sendiri suka pakai bawal sebab dorang cakap senang dan cepat.I pun tak tahu la senang and cepat macam mana sebab kalau i pakai mahu lambat i masuk kerja hihi.Ni i cerita sikit tudung bawal dari Alhumaira ni,ada keluaran baru untuk square scarf iaitu Soleil Square Scarf.Kain dia memang la sangat sedap dan best!
Material yang digunakan Silky Satin Voile memang tersangat la mudah pakai.Colour colour dia pun cantik,nanti kat bawah i share gambar.Harga sehelai Rm59 sahaja exclude postage,kalau korang beli lebih 3 helai i bagi free postage.

Nak lagi info korang boleh whatsapp i dekat no ni yea 011-28895621,whatsapp sahaja tau kalau korang call i tak angkat sebab i malu nak cakap hihi.

Sini i sertakan colour colour yang ada,korang tengok gambar je lah nanti boleh whatsapp je okay :)
Actually kalau korang tengok gambar model pun korang dah jatuh cinta kan apatah lagi kalau korang yang pakai confirm cantik macam model tuuu.










Cantik kannn? hihi






Friday, July 12, 2019

Raya Kedua 2019

Hai (baru nak update).Raya kedua memang dah ada kat Klang,pagi tu kitaorang pergi kubur lawat arwah toksu yang meninggal bulan 1 haritu kalau tak silap (maafkan diri yang cepat lupa ni).lepas pergi kubur kitaorang singgah minum dekat mamak area sana.Owh lupa amani tak ikut tinggal dengan mak mertua.nasib baik dia tidur lagi so senang la nak gerak keluar kan.

Lepas minum singgah kedai rm2,husband nak beli wallpaper nak pasang kat living room umah mak dia.so ikut kan je la, husband pilih corak semua lepastu balik terus pasang kat dinding.cepat yea proses ni siap.tengah tengah buat pemasangan wallpaper adik dia datang beraya umah,apa lagi ramai nau yang menolongnya cepat la siap kannn.Petang sikit tu kitaorang decide nak beraya umah mertua adik dia kat tanjung karang.Ni kira tempat beraya yang wajib datang la every year. Nak pergi Tanjung Karang amik masa dalam 1 jam jugak dari Klang,kitaorang sampai dalam 6 petang macam tu,makan makan borak borak semua lepastu terus pergi sawah padi belakang rumah untuk bergambar.
Actually ni memang first time jejak sawah padi,bayangkan umur pun dah 31 tahun baru dapat jejak sawah padi.Nampak nau orang KL hihihi.

Kitaorang balik malam,tak sangka pulak jam teruk giler kot.Dari pukul 7 malam sampai pukul 10.30 malam kitaorang sampai umah adik husband yang perempuan kat Perepat.Memang dah bincang nak pergi umah adik dia lepas Tangjung Karang ni.Nasib baik Amani tak banyak ragam,2 3 kali jugak dia tidur tapi tak sampai sampai lagi.Perut dah berbunyi lapar dahh,mata pun dah mengantuk.Sampai umah adik dia kitaorang makan borak borak kejap terus gerak balik Klang.Tu je lah cerita Raya Kedua,makan masa untuk perjalanan je kann.Jom layan gambarrr

Papa,Amani & mama

Mama,Sara (anak kakak ipar),Kak Ogy (Kakak Ipar) & Linda (Biras)

Nur Khayra Amani 

Papa.Kak Ogy & Ezzie (adik ipar) 







Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...