Monday, July 29, 2019

Breakfasts di Kampung Jawa, Klang


Breakfasts kami pagi ni jauh sikit husb bawa, sampai ke Kampung Jawa. husb bawa jalan jalan katanya. Sebenarnya mencari jugak kedai nak makan tapi dah terlajak sampai sini hihi.Nama kedai tak perasan pulak bila tanya husb dia pun tak tahu.

Dulu husb kata dia pernah makan kat sini, katanya sedap. Memang ramai jugak yang singgah makan sini, meja penuh sahaja nasib baik time sampai tu macam tak berapa ramai. Kedai dia kecik je tepi jalan, kedai ala ala mamak tapi yang tak modern. Macma kedai kedai kat kampung,style kampung. 

Macam biasa order nescafe suam dengan nasi lemak bungkus. Nasi lemak tu memang dah siap2 bungkus boleh amik je.
husb cakap roti canai kat sini pun sedap terus order roti canai jugak (tamak).



Ni la kedainya tepi jalan je


favourite Amani telur 3 suku 
Mama punya. Nasi lemak dia sedap. Roti canai dia keras sejuk tak kena dengan tekak

Lepas makan terus balik. Esok kerja! 

Saturday, July 27, 2019

Kemensah, Warisan Hati Rimba

Assalam. Pagi pagi lagi dah ajak husband pergi mandi air sungai/air bukit dekat Kemensah, Ulu Klang Selangor. sebenarnya husb ajak pergi dengan mak abah semua tapi dorang cancel so kitaorang pergi bertiga je. Yelah kalau pergi ramai ramai kan seronok lagipun nanti amani ada geng mandi sama. hihi Tapi okay je rasanya pergi bertiga senang nak bergerak. Dalam pukul 8 lebih kitaorang gerak dari umah lepastu breakfast dekat area Melawati.

Dah breakfast baru gerak ke Kemensah, dari Melawati tu ke Sini dalam 11 minit je. Dari Zoo negara tu ikut laluan belakang dia lepastu kitorang Waze je hihi,sebab ni kira first time pergi Kemensah ni husb pun sama. Ikut waze senang je, sepanjang perjalanan tu memang korang akan nampak air sungai jee.

Kat sini memang banyak chalet yea, korang boleh tinggal dekat sini. kitaorang pun first time tahu, if korang just nak mandi pun boleh tapi kena bayar la. 1 kepala rm5 untuk dewasa, Amani tak payah bayar and satu lagi parking kat sini semua rm5. Total kitaorang bayar semua dalam Rm15 sahaja. tapi tu lah ingat kat sini masuk free je tak yah bayar hahaha. Pergi sini tak pernah survey tu yang jadi bengap tak tahu hihi

Sampai la kiraorang dekat Chalet Warisan Hati Rimba, ni pun sebab cari parking so terlajak kat sini. Kat sini special sikit sebab ada kolam mandi. ada 4 kolam just 1 kolam tak boleh mandi sebab ada ikan ternakan. Kitaorang pilih yang atas sekali sebab kat situ ada kolam untuk budak budak, memang sesuai la untuk Amani. Mula mula test bagi dia mandi dekat sungai, memang dia tak nak, takut katanya hahahaa. memang spesis orang bandar sangat ni.



Pemandangan kat sini. ada beberapa keluarga yang berkelah kat sini. Nasib baik ada pekerja kat sini bagi tikar kalau tak bersila je la atas simen tu. 

kolam kanak kanak, tak ramai orang kat sini


Happy face 

dah naik.tak nak mandi dah

Contact number owner warisan hati Rimba 

Gerak je balik Amani dah selamat tido. So far okay la kalau nak bawa anak beriadah hari minggu dengan harga budget macam ni.Budak budak pun suka main air. Happy kid happy mummy ❤️

Monday, July 15, 2019

Square Scarf

Hello.Siapa kat sini suka pakai square scarf atau dalam bahasa melayu nya tudung bawal? kalau nak cakap suka tu i memang tak berapa reti nak pakai tudung bawal hahaha maybe susah nak bentuk kot.Tapi i tahu ramai je lagi yang masih atau minat pakai bawal kan.Kawan i sendiri suka pakai bawal sebab dorang cakap senang dan cepat.I pun tak tahu la senang and cepat macam mana sebab kalau i pakai mahu lambat i masuk kerja hihi.Ni i cerita sikit tudung bawal dari Alhumaira ni,ada keluaran baru untuk square scarf iaitu Soleil Square Scarf.Kain dia memang la sangat sedap dan best!
Material yang digunakan Silky Satin Voile memang tersangat la mudah pakai.Colour colour dia pun cantik,nanti kat bawah i share gambar.Harga sehelai Rm59 sahaja exclude postage,kalau korang beli lebih 3 helai i bagi free postage.

Nak lagi info korang boleh whatsapp i dekat no ni yea 011-28895621,whatsapp sahaja tau kalau korang call i tak angkat sebab i malu nak cakap hihi.

Sini i sertakan colour colour yang ada,korang tengok gambar je lah nanti boleh whatsapp je okay :)
Actually kalau korang tengok gambar model pun korang dah jatuh cinta kan apatah lagi kalau korang yang pakai confirm cantik macam model tuuu.










Cantik kannn? hihi






Friday, July 12, 2019

Raya Kedua 2019

Hai (baru nak update).Raya kedua memang dah ada kat Klang,pagi tu kitaorang pergi kubur lawat arwah toksu yang meninggal bulan 1 haritu kalau tak silap (maafkan diri yang cepat lupa ni).lepas pergi kubur kitaorang singgah minum dekat mamak area sana.Owh lupa amani tak ikut tinggal dengan mak mertua.nasib baik dia tidur lagi so senang la nak gerak keluar kan.

Lepas minum singgah kedai rm2,husband nak beli wallpaper nak pasang kat living room umah mak dia.so ikut kan je la, husband pilih corak semua lepastu balik terus pasang kat dinding.cepat yea proses ni siap.tengah tengah buat pemasangan wallpaper adik dia datang beraya umah,apa lagi ramai nau yang menolongnya cepat la siap kannn.Petang sikit tu kitaorang decide nak beraya umah mertua adik dia kat tanjung karang.Ni kira tempat beraya yang wajib datang la every year. Nak pergi Tanjung Karang amik masa dalam 1 jam jugak dari Klang,kitaorang sampai dalam 6 petang macam tu,makan makan borak borak semua lepastu terus pergi sawah padi belakang rumah untuk bergambar.
Actually ni memang first time jejak sawah padi,bayangkan umur pun dah 31 tahun baru dapat jejak sawah padi.Nampak nau orang KL hihihi.

Kitaorang balik malam,tak sangka pulak jam teruk giler kot.Dari pukul 7 malam sampai pukul 10.30 malam kitaorang sampai umah adik husband yang perempuan kat Perepat.Memang dah bincang nak pergi umah adik dia lepas Tangjung Karang ni.Nasib baik Amani tak banyak ragam,2 3 kali jugak dia tidur tapi tak sampai sampai lagi.Perut dah berbunyi lapar dahh,mata pun dah mengantuk.Sampai umah adik dia kitaorang makan borak borak kejap terus gerak balik Klang.Tu je lah cerita Raya Kedua,makan masa untuk perjalanan je kann.Jom layan gambarrr

Papa,Amani & mama

Mama,Sara (anak kakak ipar),Kak Ogy (Kakak Ipar) & Linda (Biras)

Nur Khayra Amani 

Papa.Kak Ogy & Ezzie (adik ipar) 







Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...