Saturday, July 27, 2019

Kemensah, Warisan Hati Rimba

Assalam. Pagi pagi lagi dah ajak husband pergi mandi air sungai/air bukit dekat Kemensah, Ulu Klang Selangor. sebenarnya husb ajak pergi dengan mak abah semua tapi dorang cancel so kitaorang pergi bertiga je. Yelah kalau pergi ramai ramai kan seronok lagipun nanti amani ada geng mandi sama. hihi Tapi okay je rasanya pergi bertiga senang nak bergerak. Dalam pukul 8 lebih kitaorang gerak dari umah lepastu breakfast dekat area Melawati.

Dah breakfast baru gerak ke Kemensah, dari Melawati tu ke Sini dalam 11 minit je. Dari Zoo negara tu ikut laluan belakang dia lepastu kitorang Waze je hihi,sebab ni kira first time pergi Kemensah ni husb pun sama. Ikut waze senang je, sepanjang perjalanan tu memang korang akan nampak air sungai jee.

Kat sini memang banyak chalet yea, korang boleh tinggal dekat sini. kitaorang pun first time tahu, if korang just nak mandi pun boleh tapi kena bayar la. 1 kepala rm5 untuk dewasa, Amani tak payah bayar and satu lagi parking kat sini semua rm5. Total kitaorang bayar semua dalam Rm15 sahaja. tapi tu lah ingat kat sini masuk free je tak yah bayar hahaha. Pergi sini tak pernah survey tu yang jadi bengap tak tahu hihi

Sampai la kiraorang dekat Chalet Warisan Hati Rimba, ni pun sebab cari parking so terlajak kat sini. Kat sini special sikit sebab ada kolam mandi. ada 4 kolam just 1 kolam tak boleh mandi sebab ada ikan ternakan. Kitaorang pilih yang atas sekali sebab kat situ ada kolam untuk budak budak, memang sesuai la untuk Amani. Mula mula test bagi dia mandi dekat sungai, memang dia tak nak, takut katanya hahahaa. memang spesis orang bandar sangat ni.



Pemandangan kat sini. ada beberapa keluarga yang berkelah kat sini. Nasib baik ada pekerja kat sini bagi tikar kalau tak bersila je la atas simen tu. 

kolam kanak kanak, tak ramai orang kat sini


Happy face 

dah naik.tak nak mandi dah

Contact number owner warisan hati Rimba 

Gerak je balik Amani dah selamat tido. So far okay la kalau nak bawa anak beriadah hari minggu dengan harga budget macam ni.Budak budak pun suka main air. Happy kid happy mummy ❤️

No comments:

Post a Comment

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...