Friday, July 12, 2019

Raya Kedua 2019

Hai (baru nak update).Raya kedua memang dah ada kat Klang,pagi tu kitaorang pergi kubur lawat arwah toksu yang meninggal bulan 1 haritu kalau tak silap (maafkan diri yang cepat lupa ni).lepas pergi kubur kitaorang singgah minum dekat mamak area sana.Owh lupa amani tak ikut tinggal dengan mak mertua.nasib baik dia tidur lagi so senang la nak gerak keluar kan.

Lepas minum singgah kedai rm2,husband nak beli wallpaper nak pasang kat living room umah mak dia.so ikut kan je la, husband pilih corak semua lepastu balik terus pasang kat dinding.cepat yea proses ni siap.tengah tengah buat pemasangan wallpaper adik dia datang beraya umah,apa lagi ramai nau yang menolongnya cepat la siap kannn.Petang sikit tu kitaorang decide nak beraya umah mertua adik dia kat tanjung karang.Ni kira tempat beraya yang wajib datang la every year. Nak pergi Tanjung Karang amik masa dalam 1 jam jugak dari Klang,kitaorang sampai dalam 6 petang macam tu,makan makan borak borak semua lepastu terus pergi sawah padi belakang rumah untuk bergambar.
Actually ni memang first time jejak sawah padi,bayangkan umur pun dah 31 tahun baru dapat jejak sawah padi.Nampak nau orang KL hihihi.

Kitaorang balik malam,tak sangka pulak jam teruk giler kot.Dari pukul 7 malam sampai pukul 10.30 malam kitaorang sampai umah adik husband yang perempuan kat Perepat.Memang dah bincang nak pergi umah adik dia lepas Tangjung Karang ni.Nasib baik Amani tak banyak ragam,2 3 kali jugak dia tidur tapi tak sampai sampai lagi.Perut dah berbunyi lapar dahh,mata pun dah mengantuk.Sampai umah adik dia kitaorang makan borak borak kejap terus gerak balik Klang.Tu je lah cerita Raya Kedua,makan masa untuk perjalanan je kann.Jom layan gambarrr

Papa,Amani & mama

Mama,Sara (anak kakak ipar),Kak Ogy (Kakak Ipar) & Linda (Biras)

Nur Khayra Amani 

Papa.Kak Ogy & Ezzie (adik ipar) 







No comments:

Post a Comment

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...