Friday, August 23, 2019

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pulak problem so pergi bengkel dulu check apa yang patut,lepas ke bengkel baru gerak rumah Along.

Rumah Along ke rumah mak dekat je dalam 5 -7 minit macam tu.Sampai sana tunggu Along kejap kat bawah sebab kena ada access card kan.Amani Along dah amik sekali dengan Abel Ariq sebab kan ingat lama kat bengkel tu setengah jam je dah selesai.

time tak ada orang lagi.
Amani memang suka pergi rumah mummy dia sebab banyak giler mainan.Sampai sampai terus pergi kat sudut mainan tu hahaha macam tak pernah dapat mainan budak ni.Tapi kalau ikutkan memang jarang beli mainan untuk Amani sebab dia main sekejap je.

Sampai awal ni kena tolong masak yea hihi tak ada lah tolong goreng nugget dengan kentang je.
Along jemput keluarga belah suami dia sekali.Start dalam pukul 8 malam macam tu Mak Abah sampai dalam 8 lebih.


Ni birthday girlnya,Abel Maisarah

Bukti menggoreng kentang hahaha
Menu semalam nasi beriani dengan ayam masak merah.Penambahan kentang goreng,nugget lepastu belah abang ipar bawa mee goreng,Yong Tau Fu dengan kuah kari (kari daging).Dah tambah tambah banyak pulak jadinya.


Dah ramai time ni.Budak budak main dalam bilik sebab dah kena halau menggangu laluan jalan
Wan dengan cucunya.Nasib baik Wan beli hadiah kannn

Ni keluarga belah abang ipar,semua adik beradik dia datang


Macam biasa Amani busy main,makan pun tak nak seronok ramai orang agaknya.Gambar potong cake tak ada pulak sebab ada cerita disebalik potong cake tu hihi.Lepas dah kenyang makan dalam pukul 9 lebih tu kitaorang gerak balik.Amani sampai rumah terus tidur kepenatan sebab Ibu pengasuh dia cakap time petang 3 3 orang tak tidur yea.

Okaylah.

Happy Birthday tu Abel Maisarah yang ke 2 tahun.Semoga boleh berdamai dengan Amani satu hari nanti hihi ❤






1 comment:

  1. sonok bday girl..ada kek, ada makan2..kalau event camni,budak2 paling suka..boleh main ngan kawan2..mkn tak penting sangat kat dorang..kita yang utamakan makan..hehe

    ReplyDelete

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...