Friday, May 31, 2019

Baju Raya 2019

Disebabkan nak raya lagi berapa hari lagi,jom kita borak pasal baju raya tahun ni.Kebanyakkan harga memang mahal especially online butik harga pun dalam lingkungan rm200 - rm500 lebih tapi ada je lagi harga yang berpatutan dan mampu milik.Kena pandai cari je.

i'm the one yang suka beli baju online dan tengok baju baju cantik dekat instagram.So tahun  ni anak dah setahun 8bulan,kita cari baju yang maching2 sikit.hihi dulu selalu matching dengan along(kakak sulung) time kecik,sekarang zaman mak dan anak pulak kan.Kalau tengok design tahun ni banyak batik kan? disebabkan pernah beli baju batik last year buat pergi kenduri (pakai sekali je) so kita recycle balik untuk Raya kedua.jimattt

jom tengok baju raya 2019 yang cantik cantik :

1) Poplook (paling favourites) blouse pun cantik cantik.




2) Kurunglab ,disebabkan banyak baju batik tahun ni kita cuci mata dekat online boutique ni.Corak batik cantik sangat dan lain dari yang lain.





3) Shawlpublika  - harga mahal sikit,siapa yang mampu boleh je beli kan.




and last,actually banyak lagi tapi yang ni memang cantik di mata la ;

4) Lily Petuna 




Korang boleh check harga dekat website atau instagram dia orang yea.

Yang penting kita raikan hari Raya ni dengan bersederhana dan mengeratkan lagi silaturahim semasa kita.

Tutorial Shawl 2019

Disebabkan nak raya ni, selalu je tengok youtube tutorial yang berkenan.Tapi selalu nya guna style yang sama je.haha.Lagipun ada anak ni kena cepat nak mekap lagi nak siapkan anak suami.Dulu sebelum kahwin boleh fokus dekat diri sendiri je nak siap berapa lama pun tak apa.

Tapi tak boleh je,siap lama lama nanti kena tinggal.Dulu kalau siap lama abah akan start enjin tu tanda nak gerak dah tu ,time tu dah gelabah giler la terus tudung langsung tak leh jadi. hahaha
Tapi now siap pun dah tak lama kena speed sikit.

Jom kita bagi tutorial shawls dan bawal dari Alhumaira..Model dia ni memang cantik kecik molek je tak silap nama dia Qas.Kira marketing alhumaira ni bagus la sebab dia memang pilih model model yang cantik je sebab nak tarik orang.

Ni untuk bawal :




Ni untuk shawls :




Kita bagi yang ini dulu,kalau ada masa kita bagi lagi yea.So korang dah decide ke nak pilih style yang mana?



   

Thursday, May 30, 2019

Agent Alhumaira

Assalamualaikum.

Just nak sharing yang kita merupakan agent alhumaira since 2016.sebenarnya memang suka sangat
shawls dan inner dari alhumaira ni since owner,kak Hani start dari model Ameera Zaini lagi.Apa yang dia pakai semua cantik cantik terutama printed shawls dan memang pernah beli dan pakai lagi sampai sekarang.

After married tak silap bulan 10 or 11 macam tu daftar jadi agent dan ada yuran sekali seumur hidup sahaja.Pembeli of course memang minat sangat dengan shawl dan inner dia.Insyallah nanti kita update lebih detail pasal shawl dan inner alhumaira ni.Tapi as agent ni kita memang kena ada duit untuk beli stock,setiap minggu memang akan ada keluaran so korang memang kena pandai manage duit modal dan untung,nanti jadi carca marba pulak duit untung pun sama pakai. (sama goes to me jugak sesak-sesak pakai jugak).

So life as agent ni,so far memang best mungkin sebab minat meniaga sangat.Customer pun jadi kawan kita,but something ada jugak customer yang cerewat atau marah marah tapi memang adat meniaga kot.Kadang layankan je sebab customer always right,but something kena backup diri sendiri jugak base on situation.

kita meniaga ni kebanyakkan dekat instagram sahaja,kadang kadang je update dekat personal facebook,sebab kita rasa dekat instagram lagi ramai customer.Meniaga online ni kena ada ilmu tak pun kena rajin buat research,marketing pun kena pandai,yang lagi penting urusan kita dekat Allah sebab pemberi rezeki dekat kita adalah satu satunya Tuhan kita.

Kalau nak follow atau mnecari shawl dan inner berkualiti dekat harga yang berpatutan boleh follow online business kita yea : mushirahim.co


Salam Perkenalan


Assalamualaikum and hello.
Salam perkenalan untuk semua.sebenarnya dah lama sangat baca blog especially blogger blogger yang famous tu seperti cikepal, kasihaleeya, khatyjem, peejburhan, elly in wonderland dan lain lain jugak. So harini decide untuk buat blog sendiri dan berkongsi pengalaman untuk semua pembaca.


Acctually im already married dan mempunyai seorang baby girl yang berumur 1 tahun 8 bulan.
im 31 years old dan seorang designer di sebuah syarikat construction.


See you soon everyone for the next post.
Assalamualaikum.

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...