Sunday, June 9, 2019

Cerita Raya Pertama 2019

Selamat Hari Raya.Tahun ni tahun ke 3 beraya as a wife and tahun ke dua sebagai seorang mother.Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk beraya tahun ni di samping  keluarga tercinta.
Tahun ni tak balik Melaka dan Negeri Sembilan,melaka tu side mak negeri sembilan side abah.So kita tukar plan just raya KL je tahun ni (padahal selangor).Actually every year akan balik kampung mak dan abah,tapi disebabkan makndak (adik mak no4 tak balik) so semua tak balik.

Selfie jap hihi,time ni kat umah mak lagi

Malam Raya dekat rumah mak,sehari sebelum raya tu memang dah cuti so boleh mantai.rasanya  dah 2 tahun tak mantai dengan mak sebab sehari sebelum raya tu memang kerja lagi lepastu terus berdesup gerak ke Klang (belah suami)  so tahun ni terubat jugak rindu dapat  tolong mak masak sambil dapat takbir raya malam raya tu.Alhamdulillah

Pagi raya husband siap siap pergi sembahyang raya ,  kita kat rumah siapkan amani.Amani pagi tu meragam pulak ni mesti kes tak cukup tido,mata belah kiri dia pun bengkak bertaik mata,alahai pagi pagi raya mata bengkak ko nak.hahahaha

 Paling kiri mak,iman (adik bongsu),kita dan along.Yang dekat mak tu Aqil anak along yang first,depan kita tu Amani my daughter.

                                       Gambar satu family,tahun ni semua ada lengkap yea.

Semua gadis gadis je kecuali aqil tu lah


Family kecilku,semoga tahun depan bertambah lagi hihi


Lepas siap bergambar semua depan rumah gerak terus rumah makwe (makwo sebenarnya)
Adik beradik mak semua ada kecuali paklang.Makan makan,membawang sikit sikit gerak pulak ke Klang.Sampai Klang beraya salam mak mertua dulu lepastu petamg tu beraya umah moksu lepastu jiran jiran kat situ.Malam tu just beraya rumah kakak husband je sambil tengok cerita PIA.

Saturday, June 1, 2019

Shawls Raya 2019

Disebabkan haritu dah post pasal baju raya,kali ni kita cuci mata online boutique untuk shawls pulak.
So far memang favourite pakai shawl dari pakai Bawal,kalau tak silap last pakai bawal pun tahun 2010 rasanya.sebab bawal macam susah sikit nak bentuk atau bentuk muka kita yang susah nak pakai bawal.hihi

Firstly kita tengok Alhumaira dulu yea :

1) Alhumaira / agent : mushirahim.co


Printed by Alhumaira (Rm99 sehelai)



Darla Premium Instant Shawls (Rm65 sehelai).Untuk Darla ni pun salah satu favourites customer dan ada satu lagi Stella Pinless jugak.Korang boleh check kat instagram yea banyak lagi collection best best.Alhumaira pun rajin buat tutorial untuk setiap keluaran,kalau rajin nanti kita share tutorial pulak.



2) The Duck Group






3) Lubaina 

Lubaina ni best sebenarnya,material dia senang bentuk  sebab dulu kita pergi jadi agent under Lubaina.Colour semua cantik cantik sampai rambang mata nak pilih.Shawls Lubaina ni sampai ke mak,Along,adik saudara mara pakai sebab best.Salah satu brand yang you should try yea.






4) Ameera zaini Official




Ameera Zaini Official pun salah satu brand yang korang kena try,mostly adalah bawal yea dan instant shawls.Printed dia semua cantik cantik dan laku keras.Harga padan la dekat zaman sekarang ni.

So,for me the best shawls yang  kita suka adalah Alhumaira.Kualiti dan harga yang okay for me.

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...