Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Monday, August 12, 2019

Tutorial Inner Terbaik dari Alhumaira

Assalamualaikum dan Hi :)

Minggu lepas kita ada share Inner terbaik dari Alhumaira kan.Kali ni kita nak share tutorial inner
pulak.Korang mesti suka tengok tutorial kan? Sebenarnya dia lebih kepada macam mana korang nak style kan shawls/tudung dengan inner.Ada 2 dalam 1 la korang dapat tutorial penggunaan inner dan jugak tutorial shawl. Best kan?

Alhumaira memang setiap kali ada pengeluaran shawl atau inner memang akan ada sekali tutorialnya.
Senang customer nak tengok lebih detail cara pakai.Tutorial yang Alhumaira bagi pun senang je nak follow,kiranya senang faham la.

Kat bawah ni tutorial Inner yang korang boleh tengok yea.









Kalau nak order atau nak tanya apa apa (yang berkaitan inner sahaja) boleh la whatsapp dekat sini 0173050190 atau boleh DM dekat instagram kita : @mushirahim.co

Okay? Kalau korang dah pernah beli dan pakai korang boleh bagi feedback kat comment bawah ni yea,nanti kita bagi 10% diskaun untuk semua Inner Alhumaira (selagi ada stock)

Thank You semua ;)

Wednesday, August 7, 2019

Inner Terbaik Dari Alhumaira


Assalamualaikum dan Hi.

Harini kita borak sikit tentang Inner Neck dari Alhumaira yea.

Alhumaira merupakan pengeluar terbaik untuk Inner Neck kerana pernah  menerima 'ANUGERAH INNER TERBAIK'  bagi Anugerah Pesona Hijab Jelita selama 2 tahun berturut turut yea.

Mesti korang tertanya tanya apa keistemewaan yang ada dekat Inner Neck ni kan? Okay sebenarnya yang menjadi kegilaan atau kegemaran Cust Alhumaira sendiri adalah kerana FABRIK nya sendiri yea.

Menggunakan fabrik terbaik iaitu 'Cotton Viscose' yang :

❤ Berkualiti Tinggi.
❤ Serap peluh.
❤ Sejuk.
❤ Selesa.
❤ Sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Dalam minggu ni Alhumaira akan mengeluarkan design terbaru untuk Inner Neck dimana ianya lebih simple dan akan memberikan keselesaan pada tahap Optimum kepada setiap wanita bertudung.

Keluaran minggu ini adalah 'Tiffany Mini Neck Covered Inner' yang lebih pendek dibahagian bawah untuk keselesaan semua.Harga untuk sehelai Tiffany mini ini ialah RM35 sahaja.

Dekat bawah ni kita sertakan colour colour yang ada untuk tatapan semua,ada 9 helai colour kesemuanya.Nak order macam biasa boleh whatsapp '017-3050190' atau DM dekat Instagram yea : mushirahim.co



9 colour untuk Tiffany Mini kali ini.

Kiri : Icelandic , Kanan : Golden Rose

Rose Bay


Lilac Rose





Yang berniaga kerana Allah,
Agent Alhumaira,AAA022

Tuesday, August 6, 2019

Tempat Hipster Area Cheras -Tapak Urban Street Dining

Assalammualaikum dan Hi.Ikutkan nak update blog hari hari,tapi masa pulak tak menginzinkan.Insyallah lepas ni kena rajinkan diri update at least satu hari satu post.hihi

Ini cerita Sabtu lepas,sebenarnya dah lewat petang husband ajak pergi Taman Tasik Permaisuri ni.Husband cakap kat sini banyak food truck so dengar macam best nya terus angkat tangan setuju.Dari rumah ke sini dalam 15 minit ke 20 minit je,mula mula ingat nak pergi Taman dulu kat sini tapi disebabkan parking bersebelahan dengan Food truck ni so jejak sini dulu la.

Tempat ni dipanggil "Tapak Urban Street Dining".Memang banyak Food Truck dekat sini.Ada yang jual Western,Air Hipster (hihi), makanan Thai , Ayam Penyet dan banyak lagi.Tapi nak dijadikan cerita sebelah Tapak ni ada permainan yang macam kereta permainan (guna control) tu yea dah tak keruan si kecik tu hahaha

Ini la Tapak Urban Street Dining

Ini bahagian depan nya

Memang banyak Food Truck kat sini,pilih je nak makan apa tapi jangan lupa bayar sendiri hihi
Sebelah food truck,ada kereta , motor & basikal macam macam la yang boleh disewa kat sini
Ni jadikan cerita kitaorang tak sempat nak makan pun terus pergi kat sebelah ni kat budak budak main kereta sewa ni.Mula mula husband main yang basikal yang boleh naik 2 orang tu kiranya husband dengan Amani la.Last last bila dia bosan dia nak main yang kereta control tu,mungkin dia tengok ramai budak main yang tu ,itu yang excited nak main yang lain.

Mula mula main ni.Rm15 untuk 15 minit.



 Sebelum dapat naik yang kereta atas ni,menangis yea nak main ni.Sebab yang basikal tu tak sampai 5 minit dah tak nak naik.hahaha.Last last kakak yang kedai sama sewa basikal tu dia cakap tak apa boleh tukar tapi ikut time basikal.hahaha





Ni semua muka happy dapat naik.Lepas je habis time tu menangis balik nak naik benda lain.Start mak kau hijau dah Amani.Terus ajak husband gerak dari sini punah harapan mama nak makan sini.Cakap kat husband kita singgah la makan kat mana mana nanti.Ni pun dalam kereta tak habis menagis lagi sedih benar tu.

Janji Amani happy yea.Happy Amani Happy Mama 💕




Thursday, August 1, 2019

Viral Burger Ayam Goreng Crispy

 Assalamualaikum.Burger ni pernah viral dulu dekat facebook Burger ayam goreng crispy,Teratai Burger nama kedainya.Ini pun dekat bawah rumah je, baru beberapa kali je beli itupun dah lama viral baru tahu kewujudan kedai ni.hahahaa.Ala burger ni macam ala ala Mcd kann.Serius sedap harga pun berpatutan.Untuk burger chicken crispy tu harga dia dalam RM5.90 sahaja.Kalau yang tak suka burger ayam crispy ni dia pun still ada jual burger biasa.Memang sedap sangat ayam dia lembut je sos pun banyak.Makan pun kongsi dengan hush sebab baru je makan nasi.hihi




Pergi mana je semua nak ikut Amani ni haha padahal mata dah ngantuk tu.



Ni harga sebagai Reference yea.

Actually ada je yang beli sampai 7 ketul burger ni,memang laku je burger ni.Kalau korang nak try boleh je memang puas hati.Burger biasa dia pun sedappp.Services sini pun laju je.Yang penting kedai ni bersih cara budak budak ni buat kerja pun nampak kemas.Benda sedap kita patut sebarkann kannn hihi.





Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...