Tuesday, August 6, 2019

Tempat Hipster Area Cheras -Tapak Urban Street Dining

Assalammualaikum dan Hi.Ikutkan nak update blog hari hari,tapi masa pulak tak menginzinkan.Insyallah lepas ni kena rajinkan diri update at least satu hari satu post.hihi

Ini cerita Sabtu lepas,sebenarnya dah lewat petang husband ajak pergi Taman Tasik Permaisuri ni.Husband cakap kat sini banyak food truck so dengar macam best nya terus angkat tangan setuju.Dari rumah ke sini dalam 15 minit ke 20 minit je,mula mula ingat nak pergi Taman dulu kat sini tapi disebabkan parking bersebelahan dengan Food truck ni so jejak sini dulu la.

Tempat ni dipanggil "Tapak Urban Street Dining".Memang banyak Food Truck dekat sini.Ada yang jual Western,Air Hipster (hihi), makanan Thai , Ayam Penyet dan banyak lagi.Tapi nak dijadikan cerita sebelah Tapak ni ada permainan yang macam kereta permainan (guna control) tu yea dah tak keruan si kecik tu hahaha

Ini la Tapak Urban Street Dining

Ini bahagian depan nya

Memang banyak Food Truck kat sini,pilih je nak makan apa tapi jangan lupa bayar sendiri hihi
Sebelah food truck,ada kereta , motor & basikal macam macam la yang boleh disewa kat sini
Ni jadikan cerita kitaorang tak sempat nak makan pun terus pergi kat sebelah ni kat budak budak main kereta sewa ni.Mula mula husband main yang basikal yang boleh naik 2 orang tu kiranya husband dengan Amani la.Last last bila dia bosan dia nak main yang kereta control tu,mungkin dia tengok ramai budak main yang tu ,itu yang excited nak main yang lain.

Mula mula main ni.Rm15 untuk 15 minit.



 Sebelum dapat naik yang kereta atas ni,menangis yea nak main ni.Sebab yang basikal tu tak sampai 5 minit dah tak nak naik.hahaha.Last last kakak yang kedai sama sewa basikal tu dia cakap tak apa boleh tukar tapi ikut time basikal.hahaha





Ni semua muka happy dapat naik.Lepas je habis time tu menangis balik nak naik benda lain.Start mak kau hijau dah Amani.Terus ajak husband gerak dari sini punah harapan mama nak makan sini.Cakap kat husband kita singgah la makan kat mana mana nanti.Ni pun dalam kereta tak habis menagis lagi sedih benar tu.

Janji Amani happy yea.Happy Amani Happy Mama 💕




2 comments:

  1. budak2 kalau dpt permainan..alahaiii

    salam kenal dari www.umifuzy.com cuba nk cari button follower tapi x de

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan.Alhamdulillah first comment from my blog,Insyallah nanti letak button follower jugak :)

      Delete

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...