Thursday, August 1, 2019

Aktiviti Petang

Assalamualaikum. Aktiviti petang kitaorang adalah bawa Amani ke Taman Permainan.Lepas balik kerja 5.30 tu terus amik Amani dengan rumah pengasuh lepastu terus ke sana.Selalu nya kitaorang pergi 2 taman ni je,satu taman dekat Pudu Ulu (dekat ofis je) satu lagi dekat area rumah. Harini kitaorang decide pergi taman bawah umah je, dekat Taman Tasik  Tambahan. Lagipun sini dekat dengan rumah kalau pergi Pudu Ulu tu confirm2 Amani nak pergi mandi kolam kat sana.

Petang petang kat sini memang ramai orang, start pukul 6 petang macam tu dah ramai. Kat sini ramai bebudak dengan parents. Tak besar mana pun padang ni, okay okay je.



Ini la padangnya
sedappp

Belum masuk taman lagi dah membeli.hihi.Husb beli sate ikan,satu cucuk tu rm0.25 sen murah kan tapi dulu lagi murah satu cucuk tu 0.10.


Amani pun pandai menyopping jugak yea. Favourite belon ni.Untuk yang bekas kecik tu RM3 satu , yang besar bekas empat segi tu RM5.Amani selalu amik yang kecik je sebab susah nak habis kitaorang yang tolong habiskan selalunya.

Amani dan papa.
dah pandai main yea. selalu nya tak lepas kuar belon tu. 


see. pandai kann main. 

Dah leka main belon tu Amani main gelongsor pulak. Tiba tiba husb beli ice cream, melonjak kegembiraan la kawan tu. terus stop main yea hahaha

Amani dan ice cream berpisah tiada.



Lepas makan ice cream,sambung main kejap lepastu kitaorang gerak balik dah sebab nak maghrib.Aktiviti ni memang kitaorang selalu buat sebab nak bagi Amani main puas puas kat luar lagipun dia dah satu hari terperuk dalam rumah kan.Seronok sikit dia tengok dunia luar.



No comments:

Post a Comment

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...