Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sunday, August 18, 2019

Jalan jalan Setapak Central Mall

Assalamualaikum.Beberapa hari ni senyap je kan tak ada update apa apa kat blog.Bukan tak nak update tapi tak ada aktiviti best minggu ni nak dikongsi. Lagipun Khamis sampai ke harini gastrik. Harini dah okay sikit semalam  rasa tak bermaya langsung.

Aktiviti harini pergi Setapak Central, kalau tak silap dulu Festivall Mall namanya. Lepastu dah tukar jadi Setapak Central. Lama betul tak jejak area Setapak, Wangsa Maju semua.Dulu sebab belajar area Wangsa Maju so dekat dekat situ memang dah biasa jalan. Dari rumah kesini tak sampai setengah jam je tapi macam biasa la jammed dekat MRR2 tu makan masa sikit.

Amani memang super excited kalau dapat keluar naik kereta Atuknya. Amani panggil Atuk dia Apok tak tahu la mana dapat nama tu. hihi. Punya semangat nak mandi nak siap, nasib baik ada ashu dia bolehla mama bersiap dengan tenang. Kitaorang gerak dalam pukul 3 lebih siap siap makan tengahari dulu, solat semua baru gerak.

budak excited naik kereta Apok dia



Amani ni pantang kalau kita cakap JOM yea nanti dia pun sama jom jom lepastu nak keluar terus.Bayangkan kita pun tak siap lagi dia nak keluar terus.Time Wan dia cakap nak siap semua nak mandi dia pun rela hati terus pergi mandi yea.Budak kuat jalan ni.


Kalau jalan jalan macam ni kita bukan dapat tengok barang pun sibuk mengejar anak yea.

Amani,Ashu & Abang

Apok dengan cucu cucu nya.Apok dia je boleh kawal 2 cucu dia ni.

Permainan ni kalau Amani nampak pun nak main yea.

Wan belanja naik keretapi.Rm6 seorang.Naik 3 orang Amani,Abang dengan tuan blog hihi.First time naik benda ni



Walaupun gambar nampak blur still nak letak gambar ni sebab bukan senang nak suruh abang ni tangkap gambar sama.Yang dia tahu dia sayang ashu dia sayang Atuk dia sayang Wan dia.Bila tanya sayang makngah dia tak laju je jawab TAKKK hahaha



Yang ni pun walaupun bergegar tangan still nak masukkan jugak.Susah betul nak tangkap gambar berdua dengan Amani ni.


Sebenarnya dah lama jugak tak jalan jalan dengan mak abah dekat Mall without husb.Seronok kan kadang kadang macam ni.Sebab dulu sebelum kahwin memang ikut je mak pergi mana asal hujung minggu je mesti jalan jalan dekat Mall yea.



'Weekend spend well jugak la'



Thursday, May 30, 2019

Salam Perkenalan


Assalamualaikum and hello.
Salam perkenalan untuk semua.sebenarnya dah lama sangat baca blog especially blogger blogger yang famous tu seperti cikepal, kasihaleeya, khatyjem, peejburhan, elly in wonderland dan lain lain jugak. So harini decide untuk buat blog sendiri dan berkongsi pengalaman untuk semua pembaca.


Acctually im already married dan mempunyai seorang baby girl yang berumur 1 tahun 8 bulan.
im 31 years old dan seorang designer di sebuah syarikat construction.


See you soon everyone for the next post.
Assalamualaikum.

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...