Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Wednesday, August 21, 2019

What's Wrong With Secretary Kim (2018)




Assalamualaikum.Sejak dua menjak ni suka sangat tengok drama Korea,tak tahu la siapa yang
hasut yang tahu memang diri sendiri yang beria tengok Korea hee.Sejak download Iflix kat handphone la baru beria nak tengok drama drama ni,Bila cari cerita melayu pulak tak ada yang best kecuali yang TV punya so far okay la.Cerita orang putih cerita indonesia belum datang mood lagi nak tengok.

So tangan ni gatal je la pergi search drama Korean yang best kat situ,haritu dah katam cerita Full House lepastu cerita ni pulak 'What's Wrong With Secretary Kim'.Drama ni sebenarnya dari tahun lepas lagi 2018 yea kita je yang ketinggalan bus lambat sikit.Tak silap cerita ni pernah keluar kat Tv jugak tapi tengok tengok macam tu je so kali ni repeat balik tengok betul betul.

Feeling sangat tau korang cerita ni rasa macam Ya Allah hensem nya hero dia,heroin dia pun cantik la sesangat.Tu belum lagi part cinta cinta tu hahahaa akak pulak yang over senyum sorang sorang.Lagipun cerita ni pun romantic comedy so tak ada la berat sangat santai santai je cerita dia.


Sinopsis :

Siri ini berkisar tentang narsisistik Lee Young Joon,naib presiden sebuah syarikat yang dikendalikan
oleh keluarganya.Dia seorang yang berfikir sangat tinggi hampir sehingga tidak mengetahui orang yang berada di sekililingnya. Lee Young Joon mempunyai seorang setiausaha yang berkebolehan dan seorang yang sangat penyabar iaitu Kim Mi So yang masih kekal disampingnya dan bekerja 9 tahun tanpa ada apa apa hubungan romantis antara mereka.Bagaimana pun Mi So memutuskan untuk meletakkan jawatan dari pekerjaanya.Mi so tidak memberikan alasan yang munasabah yang membuatkan Young Joon kecewa.Young Joon yang sangat bergantung kepada setiausahanya Mi so  hilang akaldan cuba menghalang Mi so dari meletakkan jawatan.Maka Young Joon membuat  idea untuk mendekati Mi so dan akhirnya Mi So menjelaskan kenapa dia ingin meletakkan jawatan kerana dia ingin menumpukan perhatian pada kehidupanya dan mencari teman lelaki dan jugak bernikah.Young Joon yang kemudian mendengar berkata jika dia bersedia berkahwin dengan Mi so...


Directors : Park Joon Hwa

Screenwriters : Baek Sun Woo , Choi Bo Rim
Genres : Romantic Comedy

Actress : 

1. Park Seo Joon sebagai Lee Young Joon




  • 2. Park Min Young sebagai Setiausaha Kim Mi So 

  • 3. Lee Tae Hwan sebagai Lee Sung Yun 

  • Ni antara pelakon penting dalam drama ni.Overall cerita dia tersangat la best yea.Yang belum tengok korang patut tengok.So sekarang tengah pikir ni nak tengok drama apa pulak lepas ni.Korang ada idea tak cerita drama Korea yang best? Tapi nak romatik comedi la nak hero hensem dengan heroin dia cantik.Baru boleh feeling2 heee :)

  • Sejak tengok cerita ni rasa bersemangat betul nak kerja.So sesiapa yang rasa macam bosan atau dah kurang semangat nak kerja tu you should watch this drama yea!




Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...