Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Tuesday, August 6, 2019

Gastrik Sampai Masuk Hospital

  Ini cerita Ahad lepas pulak.ikutkan sejarah keluarga Encik Rahim ni yang first sekali kena gastrik adalah En.Rahim sendiri.Lepas Abah adalah diriku sendiri ,tak silap sejak umur 15 tahun lagi dah kena gastrik lama kan? muda muda dah kena tahan sakit yang amat yea.

First time kena gastrik time PMR.Exam PMR yea,time tu nak jawab exam pun entah macam mana lah sebab menahan sakit dalam bilik exam.Sejak dari saat tu sampai ke umur 31 tahun ni memang selalu kena gastrik.Orang ketiga yang kena gastrik dalam keluarga adalah Along.Along time pregnant pernah kena admit sebab tak tahan sakit.Jangan ditanya sakit tu macam mana yea sebab memang sakit sangat nak tidur tak boleh nak berdiri tegak tak boleh.Sebab time dia menyerang tu Allah je tahu sakit dia macam mana.

Sekarang pulak kena dekat Akid,dari hari Khamis malam tu dah start sakit.Esok Jumaat tu dia MC sebab dah sakit sangat.Dah pergi jumpa doktor dah makan ubat still tak baik lagi.Sabtu petang tu ajak dia pergi buat enjuction untuk legakan sakit tu.Dia pergi tapi malam tu still sakit lagi.So Abah suruh dia pergi hospital je,nasib baik ada Insurance sendiri terus Abah bawa dia pergi Hospital Pantai dekat Ampang.Malam doktor check bagi ubat tahan sakit terus kena warded.Alhamdulillah dia cakap lega sikit boleh tidur lena malam tu.

Pagi pagi lepas sarapan terus gerak hospital melawat Akid.Tengok dia pun macam dah okay cuma sakit sikit sikit je lagi.






Boss kecik.Happy Amani main main atas katil paklang dia.

Ni bilik sorang.senang sikit nak duduk lama lama.Budak budak bising pun boleh tutup pintu

Abang Aqil dan Amani sama naik,naik turun naik turun katil paklang

Bila nurse check datang Akid kitaorang bawa budak budak ni keluar.Berlari lari kat luar bising sampai nurse tinjau terus bawa masuk dalam bilik balik sebab menganggu pesakit lain nak rehat.



Sebelum balik,tunggu papa amik kereta dan bayar parking.


Lepas melawat terus gerak balik rumah.Amani dalam kereta dah tidur sebab timing dia tidur time tu.

Happy Amani Happy Mama.

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...