Sunday, June 9, 2019

Cerita Raya Pertama 2019

Selamat Hari Raya.Tahun ni tahun ke 3 beraya as a wife and tahun ke dua sebagai seorang mother.Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk beraya tahun ni di samping  keluarga tercinta.
Tahun ni tak balik Melaka dan Negeri Sembilan,melaka tu side mak negeri sembilan side abah.So kita tukar plan just raya KL je tahun ni (padahal selangor).Actually every year akan balik kampung mak dan abah,tapi disebabkan makndak (adik mak no4 tak balik) so semua tak balik.

Selfie jap hihi,time ni kat umah mak lagi

Malam Raya dekat rumah mak,sehari sebelum raya tu memang dah cuti so boleh mantai.rasanya  dah 2 tahun tak mantai dengan mak sebab sehari sebelum raya tu memang kerja lagi lepastu terus berdesup gerak ke Klang (belah suami)  so tahun ni terubat jugak rindu dapat  tolong mak masak sambil dapat takbir raya malam raya tu.Alhamdulillah

Pagi raya husband siap siap pergi sembahyang raya ,  kita kat rumah siapkan amani.Amani pagi tu meragam pulak ni mesti kes tak cukup tido,mata belah kiri dia pun bengkak bertaik mata,alahai pagi pagi raya mata bengkak ko nak.hahahaha

 Paling kiri mak,iman (adik bongsu),kita dan along.Yang dekat mak tu Aqil anak along yang first,depan kita tu Amani my daughter.

                                       Gambar satu family,tahun ni semua ada lengkap yea.

Semua gadis gadis je kecuali aqil tu lah


Family kecilku,semoga tahun depan bertambah lagi hihi


Lepas siap bergambar semua depan rumah gerak terus rumah makwe (makwo sebenarnya)
Adik beradik mak semua ada kecuali paklang.Makan makan,membawang sikit sikit gerak pulak ke Klang.Sampai Klang beraya salam mak mertua dulu lepastu petamg tu beraya umah moksu lepastu jiran jiran kat situ.Malam tu just beraya rumah kakak husband je sambil tengok cerita PIA.

No comments:

Post a Comment

Sambutan Birthday Anak Buah Abel Maisarah

Semalam lepas kerja singgah rumah Along kejap dia jemput makan makan sempena birthday Abel yang ke 2 tahun.Tapi sebelum balik tu kereta pu...